Sunday, February 15, 2015

Nikah Kahwin

Semua perempuan di atas muka bumi ini mengimpikan satu perkahwinan  yg indah,
ketika itu suasana majlis dipenuhi saudara mara dan sahabat handai, semua tetamu yg hadir memuji kecantikan pengantin dan majlis yg dianjurkan. Itulah satu ketika di dalam kehidupan mana2 wanita dikatakan yg paling cantik dan berseri-seri.

Tetapi! Tiada yg boleh menjangka kan apa yg bakal terjadi dgn kehidupan selepas kahwin. Jika hidup di rumah sendiri bersama suami, bagaimana penerimaan si suami dengan perangai kita, cara tidur kita? Cara kita guna bilik air, cara kita kentut! Jika di rumah keluarga mertua, bolehkan mertua kita terima cara kita membawa diri, selera makan kita sama ke? Cara penggunaan pinggan mangkuk, cara pergaulan, cara mengurus rumah tangga, privasi bersama sang suami? Aarghhh, stress bila fikir!

Kita diunjurkan dengan fantasi kehidupan selepas rumahtangga yg romantik seperti novel. Tetapi benarkah seperti yg dikata?

Selepas impian melaksanakan perkahwinan impian, ke mana arah tujuan kita? Adakah kita terus menjalani kehidupan tanpa matlamat yg bakal membawa kebahagiaan? Semoga selepas perkahwinan, kita semua boleh menjalani kehidupan bahagia dan diredhai Allah. Aamiin.

Fikir fikir kan lah.

I'm out!

No comments:

Post a Comment