Thursday, January 14, 2016

Kecik Hati!

Tidak ambil pusing dengan keadaan dunia, hanya mahu hidup bahagia tanpa tekanan. Adat hidup, meningkat usia, maka makin kerap dilanda tekanan. Yang paling normal, tekanan kerja dan tekanan ekonomi.

Tekanan membawa kepada satu sindrom yang mengakibatkan seseorang rasa tidak berdaya, letih dari segi emosi, mental dan fizikal. Yang paling teruk, boleh mengakibatkan seseorang meragui diri sendiri. 

Berbalik kepada topik, seusai menjalani kehidupan di tempat kerja, semua ingin kembali kepada keluarga, sahabat handai serta yang tersayang dengan harapan bebanan tekanan itu dapat dilepaskan. 

Apa akan terjadi jika tekanan dibawa pulang? Ini mengakibatkan kemurungan, rasa terperangkap serta tidak disayangi. Yang paling sakit, apabila pihak satu lagi beranggapan bahawa tekanan perlu diberi tumpuan sehingga mengabaikan aspek kehidupan yang lain.

Jujur ku katakan. Ini lah sindrom makan hati, kecik hati dan tidak mustahil boleh membawa kepada pengakhiran kisah, bawa hati. 

Tamat.