Saturday, February 14, 2015

Harga Individu

12 Feb 2015 mencatit sejarah sedih buat seluruh Malaysia apabila pengulas sukan yg termasyur, Dato Hasbullah Awang dan Tokoh Ulama, Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Hj Nik Aziz b Nik Mat telah kembali ke rahmatullah.

Innalila hiwa innailla hirojiun.....
Semoga Allah menerima amalan mereka dan mengampunkan dosa2 mereka. Aamiin.

Fenomena di seantero bumi Allah yang luas ini aneh, hingga terkadang menimbulkan persoalan di dalam benak sanubari.

Apakah seseorg itu hanya boleh disanjung selepas pemergian mereka? Walau sebelum ini kehebatan mereka diiktiraf tetapi selepas kembali kepada Pencipta, seolah-olah masyarakat baru tersedar akan pengorbanan serta pencapaian seseorang individu.

Tidaklah saya di sini ingin mengatakan bahawa yg telah pergi x perlu dikenang, tetapi bangkitlah wahai sekalian manusia, mulai dr sekarang, hargai setiap perkara yg keluarga dan rakan anda lakukan. Jangan menyesal di kemudian hari kerana gagal mengucapkan 'Terima kasih' dan 'Maaf' pada mereka.

Akhirul kalam. Love your family n friends as you would love yourself.

Out!

No comments:

Post a Comment