Friday, February 13, 2015

Bahtera Nakhoda

Terkadang hati ini berbisik,
apakah benar sepeeti yang dikhabarkan?
Yang indah itu hanya sementara, kemudian terusan sendiri merawat hati yg luka.
sehingga satu ketika, hatimu tidak lg perlu dibelai rayu, hanya memerima segalanya, terus menerus pasrah. Tiada ungkapan cinta dr bibir si dia. hanya yg kelihatan di mata si dia, kau si peneman tidur, kau si tukang masak, kau si tukang basuh, kau itu, kau ini, kau, kau KAU!!

Persetankan hati luka mu wahai isteri. Kesenangan hati suamimu perlu dipenuhi. Ibarat sang raja yang menanti untuk dihiburkan, bukan menghiburkan.
kau kusut serabai, seribu lg si cantik di luar yg menanti.

'kau tidak menjaga cantikmu sebagaimana kita mula bertemu'

Pernahkah kau berikan mereka masa sebagaimana mereka sebelum menjadi KULI kau? Tidak dikisah perut sendiri yg makin memboroi, di isi makanan dimasak isteri. Memakai pakaian kemas, bersih dan wangi disediakan mereka.

'Kau ni menghabiskan duit aku aja'
Tidak sedarkah kau dia tinggalkan keluarga demi mengikutmu. Sebelum ini dapur dijengah sekali sekala, kini seperti rakan karib yg berkongsi jerih perih.

Sedarlah. Di dalam bahtera rumah tangga, suami adalah nakhoda, dan isterimu diambil menjadi permaisuri mu. Bukan selaku seorg anak kapal, mencuci kotoran. Maka bersamalah menjaga bahtera agar ianya bersih dan permaisurimu dipandang penuh hormat.

Ketika itu wahai Nakhoda, berjalanla dengan penuh bangga, kerana bahtera mu tersergam indah dihiasi permaisuri yg sentiasa bahagia disampingmu.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment