Friday, January 18, 2013

Listen, Listen, Listen!!!

saya terpanggil untuk menulis post ini lepas tgok video yg sedang viral skang nie,
LISTEN, LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN

saya memang tak puas hati dengan cara Cik Sharifah tu, walaupun saya juga seorang Sharifah, tapi itu tidak menuntut saya untuk bersetuju dengan beliau.

Pertama nya, adalah sangat biadap untuk memotong soalan dari pelajar itu. Walaupun tak suke cara student tu bertanya jgn la potong gitu. Saya paling pantang orang cakap gitu, die cakap student tu tak respek die, tapi sebenarnya die yang tak respek student tu

patut ke die alih mic tu dari student tu? and patut ke die pertikaikan kerasional pemikiran seseorang berdasarkan pendidikan? atau tujuan die untuk brag about die ade O level?? oh tersangatlah bengang aku mendengarkan perkataan tersebut.

Saya amat respek guru2 saya ketika saya bersekolah dulu, kami digalakkan berdebat di dalam kelas, bukan untuk membuktikan siapa yang betul, cume sekadar menggalakkan pelajar mereka dapat menegakkan poin mereka dengan hujah yang lebih bernas, bukan sekadar menguatkan suara untuk menang dalam sesuatu perdebatan.

Hasilnya, semua pelajar yang terlibat lebih berani berhadapan dengan masyarakat luar, bercakap dalam keadaan yang lebih berhemah dan lebih menghormati lawan dalam hujah-hujah, dan seterusnya meninggalkan perdebatan dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakitkan hati satu sama lain.

kesimpulannya sekiranya anda ingin memenangi sesuatu hujah, patahkan hujah mereka dengan hujah yang lebih bernas, bukan mengalihkan topik ke topik, kucing, anjing dan yang lain2...be wise in ur argument, not highlighting your defeat by stressing about age.. oh, forgot to mention, not because u can speak better english means ur arguments are better!

i'm out!!

No comments:

Post a Comment