Thursday, June 30, 2011

aku

menatap gambar rakan-rakan lama,
makin hari mereka makin bergaya..
masing2 persis model..
tapi aku?
aku tetap mcm aku,
tetap masih dengan cara keanak-anakan aku,
tetap dengan gaya kekampungan,
apakah nanti suatu ketika
apabila ada berjumpa mereka semula,
aku menjadi halimunan, tidak sperti mereka-mereka yang jauh lebih moden,
sungguh aku malu, malu dengan diri sendiri..
biarlah aku disini, bersama mereka-mereka yang tidak persis model,
tetapi aku tidak terasa terasing, aku masih dihargai,
di dalam dunia aku dan mereka, di mana kami sama,
di mana aku berasa lebih bahgia,
di mana aku mampu menjadi aku,
tanpa perlu aku merasa malu..
aku boleh menjadi aku, kerana itu adalah aku.

No comments:

Post a Comment